Salam perpisahan di aidilfitri – 1999

Kelmarin

Kau utuskan padaku

Sekeping kad hariraya

Sederhana mukanya

Namun besar erti niatnya

Pada sampul sudah tertera…

“For the first person next to my life”

Ayatnya amat ringkas

Begitu mudah untuk ditranslitasi

Namun terselit beribu pelampiran

Membawa maksud nilai persahabatan

Kau nilaikanku bagaikan nyawamu

Kau mengangkatku bagaikan darjatmu

Kau memeliharaku bagaikan maruahmu

Masih belum ku baca kad itu

Namun sudah ku tahu kandungannya

Semuanya berbaur ceria

Kata harapan dan juga semangat

Rindu dendam yang tersirat

Dek perpisahan yang bakal mencengkam

Terima kash yang tak terhingga

Buatmu wahai bakal sahabat pena

Kita mungkin takkan bersua lagi

Natijah hukumnya alam ini

Yang kekal hanya Ilahi

Kita berpisah

Akan kerana kesibukan

Mengutip permata berkilauan

Di khazanah cendekiawan

Pada lapangan tersendiri

Namun hadirnya kad mu ini

Ku anggap bagai hadirnya dirimu

Menemaniku bagai waktu-waktu dulu..

Yang kian menyusur lalu

Meninggalkan pelabuhan hati

Bukan mudah bagi diriku

Untuk ketemu lagi insane sepertimu

Kau

Teman sejati bagi diriku

Pergilah….

Kutip segala permata yang adakutip permatamu

Khabarkan padaku bilangannya

Khabarkan padaku indahnya

Khabarkan padaku nilainya

Dan semoga Tuhan bersamamu

Dalam segenap pencarianmu

Berserahlah padaNya sentiasa

Moga dirimu diberkati

Dipelihara di bawah inayah…

Serta hidayahNya         

Dan dikesempatan ini

Ku ratap ku susun sepuluh jari

Untuk memohon kemaafan

Darimu teman sejati

Andai ada silapku

Sepanjang perkenalan ini

Doakan kejayaanku

Doakan juga keakraban ini

Moga berkekalan

Membawa hingga ke mati

Insyaallah

Wallahualam bissawaaab…