Jangan putus asa – 2000

Aku tahu

Kau sedang mengalami suatu masa

Yang agak sukar dalam hidupmu

Namun aku tahu

Kau tidak akan menyerah kalah

Terhadap cabaran kehidupan

Kerana kau mempunyai

Kekuatan tersendiri

Yang sukar ku gambarkan

Yang pasti

Aku mengkagumi dirimu selama ini

Dan aku mahu kau tahu bahawa

Aku akan sentiasa mendoakanmu

Kejayaanmu mengharungi 

Apa saja masalah yang menguji dirimu

Aku pasti

kau akan bangkit

daripada kesukaran ini

dengan keazaman yang lebih kuat

jangan putus asa

dan ku berharap

kau akan berjaya