Ego cintamu – 1999

Sayang

Mengapa kau masih tak mengerti akan perasaanku

Setiap jelingan yang ku tujukan

Setiap senyuman yang kutitipkan padamu

Kau anggap hanya permainan

Sayang

Niat suciku tak kau hargai

Walau belum ku luah namun ku tahu

Kau takkan menerima diriku… cintaku…

Kasih

Ku kalung doa sejuta harapan

Warkah ku coret tak pernah ku lampirkan

Kerana ku tahu kau ada yang lain

Namun

Bayangmu sentiasa bermain

Berbunga kasih warna ceria

Takkan ku buang takkan ku sia

Walau kau tak pernah meletakkan aku

Di takhta nalurimu

Cinta

Apa sahajalah ertinya

Jika tiada jawapan kasih

Ku amat kecewa

Namun ku tahu ku tak terdaya

Kerana aku manusia

Malu untuk meluah semua