Cinta sanubari – 1998

Entah berapa kali kucuba

Memujuk hatiku ini

Agar tidak mendekatimu

Agar tidak menyintaimu

Namun bukan semudah yang diduga

Kerana kau telah mengikat jiwaku

Tanpa kau dan aku sedari

Bukan salahmu

Dan bukannya salahku

Bukan mudah melupakannya

Pada pandanganmu wujudnya cinta

Pada senyummu wujudnya kasih

Pada bibirmu wujudnya sayang

Oh! Tidak mudah melupakan itu

Sejak itu kaulah pujaan

Kaulah kegilaanku

Tidakku tahu bagaimana mulanya

Masih kabur akan jalannya

Tiada jawapan penghujungnya

Sayang

Haruskah aku yang memulakannya

Kerana ku tak pasti samada kau akan menerimaku

Dalam lembaran cintamu…