Anuar – 1999

Anuar

Ternyata sekarang

Bentengmu pecah sudah

Hancur berkecai

Dirimu terhumban keluar

Dari empangan yang meledah gelegak

Kau terhambur sia-sia

Citamu terkubur begitu sahaja

Harapanmu terpendam tanpa dikota

Impianmu melayang diawan kelam

Kini kau keseorangan.. sepi keseorangan

Kau umpama sehelai daun kering

Yang hanyut dilautan bergelora

Terumbang ambing

Tenggelam timbul… tak menentu hala tuju

Namun anuar

Ku tahu kau sebenarnya tabah

Ku tahu kau sebenarnya cekal menghadapinya

Kau cuba sedaya upaya

Mencapai apa yang ada

Menggapai apa yang hinggap

Sebenarnya kau boleh

Kau layak melakukannya

Dan sepatutnya memang kau lakukan

Demi kepantinganmu

Demi keluargamu

Demi maruah dan airmukamu

Berusahalah

Tiada tuah yang datang bergolek

Wahai anuar

Kegagalan tak bererti penghujung jalan

Kegagalan tak bererti pemusnah harapan

Berusahalah lagi

Cuba dan cuba lakukannya

Insya allah kau akan berjaya