Anak pertiwi – 2000

Kau

Renunglah sejenak

Sekalung puisi buatmu

Renunglah

Renunglah dengan akalmu yang panjang

Kau

Ingatkah lagi

Sejak azali hidupmu bertujuan

Ketetapan wujud darimu

Kau tahu sebenarnya

Cuma mungkin kau terlupa

Tujuan hidupmu itu

Mencari keredhaan Ilahi

Kau

Pastinya berfikiran

Berjiwa, hati dan rasa

Sucikanlah… sucikanlah ia

Sesuci hajar aswad

Walau hitam namun berharga

Dihargai dan disanjung tinggi

Kau

Kau dan kita semua

Sama-sama meniti pelangi kehidupan

Kita hidup semarak

Kau punya hati

Dia dan kita punya hati

Sama-samalah menyemai

Membaja dan menuai

Menjaga hati mu… sama bagai menjaga hati dia dan kita

Usah memegakan hening pagi

Hatta mencerahkan jingga mega

Dan terikkan gelita

Kau

Usahlah menyuramkan rasa hati

Kerana dunia pasti terisi

Dengan beribu duri-duri

Semuanya ujian belaka

Menguji ketabahan jiwa

Kau

Apalah khabar mereka berdua disana

Terbalaskah budi selama ini

Sedarlah

Sedarlah kau masih berhutang

Takkan tertebus sampai ke mati

Jika kini bukan waktunya

Bila lagi?

Usia kian dewasa

Kelak… (kau tahu sambungannya…)

Jadi… bila lagi?

Kau

Sempurnakan amanat

Amanat yang telah teramanah buatmu

Bahumu menanggung suatu bebanan

Wajid kau sempurnakan

Jangan dilalai jangan dicuai

Jangan pula ditinggal

Bukan ringan bebananmu

Jihad hukumnya

Jika tak tertanggung

Usah mudah mengalah

Kau pasti cekal dan tabah

Bukan sekarang masa tergadah

Namun jika benar tak tertanggung

Berserah…

Kau

Fikirkanlah sedalam-dalam

Tinta ini takkan kering mencoretkan harapan

Harapan buatmu

Anak pertiwi berdarah wawasan

Kau pasti boleh melakukan

Usah tergopoh usah tergapah

Bukan cempaka hendak dicium

Haruman syurga lagi dicita

Kau… teguh jika berusaha

Kau

Tampillah ke depan

Tunjukkan padaku

Pada dia dan kita

Tunjukkan sumpahmu

Keramat kata-katamu

Maka keramat niatmu

Usah bersengketa

Hatta tak membawa makna

Tak memberi apa-apa

Cuma kepuasan yang tak seberapa

Kau

Ingin sekali kulaungkan

Kau boleh berubah

Cuma mungkin pasak niatmu tak kukuh

Digegar digetak angina ketidakan

Cubalah…

Kau boleh!!