aku dan…. well… diriku…

aku... padaku....Tau tak apa impian setiap orang yang nak kawin? For sure dia nakkan suatu kebahagiaan yang dapat dikecapi sehingga salah sorang dari mereka mati…
Kata orang, kawin pun salah satu perkara yang insyaallah, dilakukan sekali seumur hidup… jadi perkara yang macam ni lah yang sepatutnya sangat dihargai. Apalah erti perkahwinan tu kalau ia disia-siakan begitu sahaja..
Macam aku, sekarang ni sangat buntu kerana memikirkan pasal ni tak sudah-sudah. One part, aku seronok… one part, terasa tanggungjawab tu tengah bertambah. One part lagi terasa seperti privasi diri ni dicerobohi….
Aku bukan jenis yang suka berkongsi…. Read my statement carefully.. aku bukan jenis yang suka berkongsi…. Aku bukan jenis yang suka sangat nak bercampur gaul ramai-ramai. Banyak masa aku dihabiskan dengan pen, kertas, ruang sunyi, air sungai, dan serambi malam…. Teman-temanku pulak biasanya terdiri daripada… well.. pen, kertas, ruang sunyi, air sungai, dan serambi malam… juga bunyi unggas.. rumput kering…
Hmm.. entah bila aku boleh menjadi seseorang yang mudah bergaul macam orang lain… but bottom line… I just trying to be my self…
Salah ker?