Agenda malam – 1996

Malam ini

Hatiku terasa bergitu sunyi

Dibayangi kesepian

Walau ditemani unggas malam

Hatiku kian resah menanti dinihari

Agar tiba kembali

Malam ini

Unggas malam membisikkan kata-kata riang

Mengajakku bersamanya

Untuk sentiasa bergembira

Menyanyi lagu rimba

Aku mula mendengar

Setiap lirik lagu yang dinyanyikannya

Namun… hatiku masih sepi

Kini baru ku teringat

Ada lagi yang dapat lebih menggembirakan

Lebih gambira dari unggas malam…

Tuhan

Dikala sunyi ini

Baru ku teringatkanMu

Teringat akan Rahim dan Rahman Mu

Yang sentiasa menenangkan jiwa naluriku

Dan riangku bertambah

Bukan sahaja kerana bayu malamMu

Juga bukan kerana unggas malamMu

Tetapi nurMu

Yang Kau pancarkan kelubuk hatiku

Tuhan

Yang sebenarnya aku kesepian

Memikirkan tentang diri

Yang entah mana hujungnya…