AA “Noah, just want to let u know that we’re going to ****** tomorrow night. Lots of our friends will be there. I know you will not go but.. just to let u know. So don’t come! I know u wont. Its not your kinda place… u tak campur tempat mabuk2 n minum2 kan?”

 

Noah “who else going?”

 

AA “Well, as usual laa… Abu, Ali, Hasan, Ah Meng, Muthu.. (semua bukan nama sebenar) all our friends laaa, u naughty! U dare to come, I knock your head!”

 

Noah “Hehehe.. wasn’t gonna!”

 

Panggilan dari seorang rakan chinese yang mengetahui batas pergaulan dan rencah diriku… seringkali dia ni call and bgtau kat aku kemana kawan2 akan pergi melepak. Kalau tempat yang dituju tu dia tau aku boleh pergi, dia akan ajak dan make sure aku pergi. Tapi kalau dia tahu tempat tu bukan untuk aku, dia takkan ajak. Sekadar memberitahu kerana kami semua masih kawan2… dan pada dia, kawan will always be a kawan tau kemana kawan2nya akan pergi dan buat…

 

Tapi yang membuatkan aku hairan, ialah list kawan-kawan yang dia bagitau tu… sebahagiannya melayu… dan islam…

 

Kadang2 aku terkedu… dorang ni sumer lupa… atau tak tau langsung.. atau memang dorang ni dibesarkan dengan cara hidup yang macam tu? Minum minuman keras, pergaulan tak berbatas yang melampau, berjudi… hmm first or all, nauzubillah!! Harap apa yang aku cakap akan menjadi iktibar dan panduan untuk diri aku sendiri… sekurang2nya lah…

 

Dan apapun yang terluang di muka surat ni, bagi mereka yang bukan islam yang membacanya, PLEASE… don’t even think about interfering. Please.. put a respect as we all need to.

 

Terang2 agama dah larang apa yang dilarang… phrase amar makruf nahi munkar dah memang jadi basahan mulut setiap orang yang bergelar muslim… tapi masih ada yang tak sedar… jumud yang menjulang tinggi menutup pintu hati…

 

Aku bukan sekadar cakap2 kosong… terlalu banyak dan jenuh mata ni dok melihat setiap hari ada saja muslim yang hanya pada nama… tapi natijahnya mereka buat apa yang sangat2 dilarang… pada dorang, perkara tu adalah perkara biasa.. tak perlu rasa apa2… bukan rogol atau bunuh orang… bukan merompak duit berjuta2, bukan kacau orang pun… tak sentuh pun orang lain yang tak buat benda tu. Kami buat hal kami, ko buatla hal ko.. apahal yang ko sibuk sangat…

 

Mungkin dorang lupa fardhu kifayah… tanggungjawab seorang muslim terhadap muslim yang lain… atau mungkin fardhu ain pun tak tersentuh langsung.. ini pulak fardhu kifayah… aku sedih bila mengingatkan hal ni…

 

Dan yang paling sedih sekali ialah ingatan dari seorang yang bukan beragama islam kepada ku yang aku tak boleh pergi ke situ kerana agamaku… waima yang lainnya yang bergelar muslim sudahpun berada di tempat itu, dan entah dah berapa botol yang diteguknya… bukan setakat sedih.. perkataan paling tepat ialah MALU… ya.. aku malu bila dia yang call aku, dia yang ingatkan aku dan dia yang larang aku… kenapa bukan warga semuslim yang menegurku? Tak terasa malu ker dengan itu?

 

Adakah kerana hidupnya yang mewah membuatkan dia tak tau kemana lagi jalannya nak dilaburkan duitnya? Adakah kerana dia selalu berhadapan dan bercampur gaul dengan orang yang tidak seagama dengannya telah ‘mengeluarkan’ lesen untuknya berbuat demikian? Atau adakah kerana lahirnya dia di luar negara atau kerana dia membesar di luar negara telah menghalalkannya untuk melakukan itu, kerana di sana adalah tempat dimana barangan terlarang itu juga berada bersama?

 

Ada satu perkara lagi yang membuatku menggaru kepala.. night club… ada member aku cakap, kalau tak pernah rasa gi nightclub, rugi ar ko seumur hidup.. tak lengkap ar dunia ko… hidup sekali je noah… bila nak rasa… dan ada jugak member aku yang kata, rasa malu kat kawan2 yang pernah pergi… dia dikira mcm budak kampungla kalau tak gi clubbing ni sumer… – ada aku kisah!! Tak luak lemak aku kalau aku tak ikut korang pun… apa yang korang cari sebenarnya? Madu dunia? Keseronokan yang tak membawa apa2 selain kehancuran hati dan iman… korang tak perasan ke?

 

Allah bagi akal.. agama… iman.. tapi tak terfikir jugak… ialah… benda tu menyeronokkan…

 

Kawan… dunia ini indah… tapi tak kekal… maut itu datangnya tak berjemput.. ambilnya mungkin rakus… tak terasa ia menjerut.. kubur itu sempit.. tak dapat nak lari kemana. Kalau kena sekali libas tujuh petala bumi dalamnya akan pergi.

 

Kawan, iman itu susah nak cari.. tapi dengan tabah dan cekal.. ia sendiri akan menghampiri.. akhirat itu kekal.. pasti.. dan jauh kita akan meniti.. maka dengan bekal dari dunia ni kita akan melaluinya…

 

Kawan, islam itu indah, suci, syumul, takkan kau kenal kalau kau tak menghampirinya…

 

Begitu juga dengan Allah.. takkan kau kenal kalau tak kau hampiriNya….

 

p/s – saper rasa aku salah atas apa yang aku tulis… sila tampil…

6 Responses to “HALAL vs HARAM vs IMAN vs AKAL vs MELAYU”

  1. salam
    pada encik C yang begitu pantas membaca thread ni dan menghantar sms secara peribadi dan mengatakan bahawa aku ni menjatuhkan orang melayu… comment entry ni untuk ko…

    ko kata aku jatuhkan orang melayu dan memalukan orang melayu? aku rasa ko mengata diri ko sendiri. ko kata aku tak sayangkan orang melayu? ko sayang ke orang melayu? apa budaya orang melayu? mcm ko ker? tonggang benda haram tiap2 hari! itu budaya orang melayu ker? tenggelam timbul tak tentu pasal bila mabuk, tu orang melayu ker? cuba ko fikir balik saper yang sebenarnya yang jatuhkan orang melayu? bukan ko ker? apa ke tak malunyer ko anta sms kat aku dan marah aku sbb kuarkan thread tu… sorry la aku cakap… tapi ko memang bangang!!

    cuba ko baca balik thread ni sampai kepala otak ko yang sempit mcm celah bontot tu lapang skit! semua tu adalah untuk sedarkan orang melayu yang lembab dan sengal mcm ko tu supaya bangkit dan ingat saper diri ko. apa asal usul ko dan apa agama ko… aku tak heranla kalau ko nakal mcm sial ke apa ker… switt ppuan kiri kanan atau merempit ker.. itu kepala hotak ko punya pasallaaa.. tapi bab agama ko nak pertikai bilamana ia dah termaktub.. ko memang sorang yang tak sedar diri!! kalau ko rasa aku salah, berani balas la kat sini!! setakat nak anta sms kat aku, telur kecut!! cabut bulu ketiak sendiri pun tak berani, ada ati nak anta sms layang. sekali lagi ko anta sms kat aku dan bukan kat thread ni, aku kuarkan nama n gambar ko kat sini, biar satu dunia kenal ‘melayu’ yang sengal dan bangang mcm ko tu!!

    huhh… baru leh tarik nafas… eheheee

  2. denoy said

    hahaha…
    betul tu…
    WAJIB ke g clubbing tu ?
    sepanjang 3 tahun duduk KL,tak pernah terlintas pun nak g clubbing..tapi melintas depan tu ada lah…hehehe..
    biar orang kata aku kolot,kuno..tapi kena ada jatidiri….
    apa bezanya kalau orang kita pun dah sama perangai macam orang lain..
    orang lain tu pun sebenarnya terpengaruh dengan anasir yg datang dari luar..
    sebab aku percaya,setiap kaum dan agama menekankan dengan amalan yang baik…

    haaa..
    aku tumpang komen je…

    adiosss……..

  3. fida said

    saper mr c 2 nua…bongoknyaaa komen dia 2…apa kata ko tonjolkan pic n nama sbnr dia kt sini…br glemer skek…wahahaha

    aku yg lahir n membesar kt kl ni xder heran pon nk g clubbing2 nih…nih mesti yg g clubbing nih luar dr kl…wahahaha…jgn marah aaa…aku random jer

    kalo nite club 2 sebelah umah aku pun…ada aku heran….2 la melayu terkena renjatan agknya…

    tp bila tnya…nk calon isteri camner…xder lak bg jwpn nk sama2 yg g clubbing…jwpn klise…nk yg beriman….bertudung…bla…bla..blaa…tp diri sendiri x cermin

    aku rs kan nua…apa yg ko ckp kt atas 2 ada benarnya…kdg2kan non muslim pn leh nilai n tau melayu camner yg bleh ajak g n melayu camner yg x bleh…

    chao

  4. denoy – thanks alot… mmg tak luak der kalau tak gi clubbing n minum2 ni sumer…

    fida – thanks to you too… tak perlu kuarkan nama n gambar.. dia dah call n cakap sowwi. itupun ada ati still cakap suh aku pull out thread ni. ehehe jgn harap. aku kata, kalau dia atau ada orang lain yg tampil kata aku camtu lagi, mmg aku kuarkan gambar dia kat sini… ehehe

  5. kiwi said

    hahahaaaa…. zaman skang ni, ckp psl agama pon ada orang bleh sound balik kan… cemana laa kita nak tolong ingat mengingat antara satu sama lain. Terima kasih gaks ar sbb nuar kuarkan karya ni,.. kurang2 insaf gaks sue yg bnyk dosa ni :P huuhuehueeee…. pada C, alaa.. relek la k. hidup kita ni hanya sekali. kalau u nak enjoy, ikut suka u la okay. tpi kwn u nuar ni, nak sampaikan pesan ajer. open ur mind :0 be cooL. :) neway, thx nuar.. best gak layan blog u eh.. insap…sob..sob…

  6. tu la yg payahnya… biler kiter cakap lebih2 karang nnt orang kata kita kuat agama sangat… saper jer yg perfect… nobody axcept Allah juger… bukan sue jer yg byk dosa.. nuar pun samer. eheheee samer2 saling mengingatkan.. insya allah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.