Sedar tak sedar, diam tak diam, dah dekat 5 tahun aku keje dalam arena call centre ni… dan dah nak masuk 8 tahun aku bekerja dalam lapangan khidmat pelanggan… apa yang aku dapat daripada semua ni?….. hmmm tengah pikir…

 

Aku sebenarnya tak tau apa tu call centre… yang aku tau, bende tu ialah kerja operator angkat phone layan customer yang ada masalah. Tu jer… dan bila aku call mana2 call centre, maknanya aku dah giveup dengan sesuatu benda dan memang dalam mode nak melahar.. ehehe… dulu aku fikir, kerja ni memang keje orang yang dah takde masa depan, kerja untuk orang yang (mungkin) tak berpelajaran, takde SPM.. sumerlah… tapi bila kena kat aku… hmmm not at all… keje ni ok jer..

 

Dulu aku keje dengan satu company ICT… dalam 3 tahun keje kat situ, ada jer masalah gajinya.. tak pernah sudah… sampai susah nak idup.. walaupun gajinya lebih besar.. tapi tak tenteram.. so lepas beberapa bulan bergelumang dalam masalah gajinya, aku amek keputusan berhenti dan pulang ke kampungku, Bandaraya Kuala Lumpur.

 

So tgh time tak tau nak wat apa tu, aku gi ar jalan2… naik lrt… dalam lrt jumpa kawan sekolej yang tgh otw gi dating dgn gfnyer…. Kami bertukar2 citer dan wujud gak citer pasal keje lama yang mcm bangang tu… dari situ dia introducekan aku kat tmnet….

 

Aku ingat ayat member aku tu

 

“kalau ko boleh korbankan ego dan gaji besar, gi ar interview tu… bila2 jer boleh.”

 

Hmmm lama aku fikirkan… seharian aku duk umah dan fikirkan masak2… sampai hangus!! Off phone… tak ol.. tutup pintu dan tingkap, no tv and radio… And hari kedua, aku tekad… aku try… saper nak bagi ko makan kalau takde duit… takde mak hayem nak kasi ko makan kalau ko tak cari sendiri… nak jadi anak ikan pun muka tak hensem… so.. kene ar cari keje.. ehehe. Aku pergi ke mellinium consultant untuk interview. Lepas 3 ari pergi ke Wisma Telekom Semarak (WTS) – kini Menara Celcom (MC) dan minggu berikutnya dah masuk keje.

 

Training hanya seminggu. Iaitu product training 2 ari, dan selebihnya buddy.. lepas tu hit the floor, pandai2 la nak idup camner.. sumer sumber kena cari sendiri… hari pertama kerja… aku clueless… otak aku beku… yang ada dalam hati, kenapalah aku dapat keje tu! Kenapalah aku boleh keje kat tempat yang paling bodoh tu! Kenapalah aku bercampur dengan orang2 yang tak reti cari keje yang lagi baik tu!!!

 

Bangun pagi esoknya, siap aku bertanya pada diri sendiri – keje ke arini? Huh!… – sampai mcm tu sekali… tapi demi duit.. aku pergi jer… yer. Demi duit.. semua aku lakukan kerana duit.. takde duit camner nak bergerak..

 

Dan haripun berlalu… helaian-helaian hidup aku selak setiap detik dan melaluinya dengan penuh cara. Dan dalam sedar tak sedar.. dah bertahun2 aku kerja di call centre dan aku rasa hidup aku cukup selesa. Tempat yang dulu aku kata bodoh, takde masa depan, operator telefon dan sebagainya.. kini aku selesa.

 

Satu perkara yang sesetengah orang tak perasan bila keje di call centre ialah, you don’t bring home your job… once u step off the office, everything will be left behind.. that is call centre… itu yang aku suka… Cuma bila kena shift ujung minggu atau tengah malam tu yang penat skit.. tapi ok ar tu.. bila keje shift. Kita ada off day tengah2 minggu… membolehkan kita memenuhi aktiviti seperti pergi bank ker, pejabat2 kerajaan atau urusan rasmi. Tak perlu terlari2 time luch hour nak gi bank… tak perlu bersesak2 gi shopping di hujung minggu atau aktiviti riadah di taman2. semuanya boleh dilakukan dengan selesa pada hari biasa! (wah promo keje call centre nih!!) royalty skit!!

 

Dan aku dah pun menukar mentaliti aku terhadap kerja sebagai customer service (call centre). Tempat tu adalah tempat yang bagus untuk kerja… tempat yang bagus untuk menimba pengalaman bagaimana nak memberikan perkhidmatan yang betul dan tertib kepada pelanggan…

 

Dan sekarang, aku bekerja di Celcom Malaysia Berhad. Masih lagi dengan call centre dibawah VADS berhad. Aku bangga dapat kerja di sini. Suasana santai, bersahaja dan selesa bila bekerja. Aku baru lagi di celcom. Dalam 4 bulan. Sebelum ni masih lagi di VADS cuma dalam projek lain… di celcom ni, aku masih dalam mode belajar sambil kerja. Tapi kene cepat. Kat sini, pergerakan tak selambat yang aku sangka. Semuanya flowing begitu deras. Lambat skit susah ar. Di celcom ni, kawan2 sumer supportive.. kemesraan yang ringan tapi sangat menyeronokkan.. batas2 pergaulan dan atitud yang seimbang membuatkan aku selesa dan rasa boleh bekerja dengan penuh ketenangan. Netcare… disitu aku bekerja. Dari bos sampai ke staf2 biasa, semuanya cool… serius.. semua cool!! Setakat 4 bulan ni laaa.. esok2 mana nak tau… Mungkin ada yang poyo dan berlagak.. tapi tu sumer adalah lakaran hidup yang normal dan warna2 begitulah yang membuatkan hari2 kita bergerak dengan penuh corak yang indah2.

 

Dalam banyak buku2 dan manual kerja customer service ni ada tertulis, – customer service is a transaction/ process to deliver goods and services to end user to meet and to exceed their expectations (lebih kurang ar). Dan ada jugak yang kata kerja ni adalah berkenaan bagaimana anda menyelesaikan masalah yang dihadapi pelanggan dan memenuhi permintaan mereka (hahaha.. translate je balik!). Hmmmm aku tak berapa amek port sangat.. bak kata orang, I don’t give a damn!! Ahahahaaa

 

Apa yang lebih penting pada aku ialah, bagaimana aku melayan pelanggan tu. Bukan bagaimana memenuhi permintaan dia tapi memenuhi dan mengikut ritma permintaan dia. Kalau ko tau macamana nak solvekan isu dia tapi tak guna ayat, tone dan ritma yang betul, customer takkan satisfy pun.. betul tak? Kadang2 kita settlekan problem customer tapi customer tu tak puas hati. Bukan tak puas hati dengan apa yang kita settlekan. Tapi tak puas hati dengan kita. Kenapa? Its because of us jugak… cakap tak kena gaya… suara tak kena tone. Sumerlah.. dan pada aku, kalau nak kerja di call centre atau amnya khidmat pelanggan, bersedia untuk menjadi se humble mungkin… ko tak boleh sewenang2nya mengikut rentak ko bila berhadapan dengan customer. Siapa dan bagaimana diri ko di depan customer mencerminkan dan menunjukkan siapa dan bagaimana syarikat tu berhadapan dengan customer. We are the front line battle troop. Tepuk dada tanya hati…

 

Tapi apapun… aku masih menunggu dan tertanya2 – bila pekerjaan ni akan dianggap dan seterusnya dikhususkan sebagai sebuah kerjaya professional? Hmmm….

7 Responses to “Customer Service”

  1. kiwi said

    ahaaa…. welcome dude!
    wish u huv nice day…
    not bad comment haaa :)

  2. baizura said

    Welcome jugak! Jangan malu-malu ngan kami ni! :)

  3. owh.. korang berdua ni orang celcom ker… haa baru perasan kat gmail.. ehehhe thanks.. fren!! hope to give and get the best amoung us k!!

  4. Pangeran Jiwa said

    prove u as good as them..

  5. fida said

    hikhikhikhik….hai nua

    ooo…ko kj kt celcom ek…nsb baik aku dh tuko dr maxis ke celcom tau…sory…xder kena mengena dgn citer hang kt ataih 2 ;p

    aku pn syg gak kt kj aku…ohh…dbkl yg indh ;p

    smoga ko kt sana 2 hepy, ceria n senyum slalu tau =)

  6. denoy said

    semua ni terpulang kepada niat kita bekerja..
    kalau ikhlas,kerja angkat sampah pun menyeronokkan..
    biarlah tak glamour,asalkan kita happy…

    betul point incik anuar tu,kerja cust service ni relax..takder nak bawak balik umah..tapi bergantung pada call centre mana ..
    hahaha

    ok lah..
    tumpang komen gak..sebab blog aku kosong…

    lariii..

  7. elle said

    halo,
    holeh saya tau pengalaman interview kat vads berhad. n ade ape2 proses yg kn kte lalaui…thanks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.