Laksa Utara

January 4, 2010

Estimate untuk 5 ke 6 orang makan (sebungkus laksa)

1. Mee laksa – 1 bungkus
Laksa direndam sampai lembut dan direbus sampai empuk. Selepas empuk, toskan dan bilas sikit dengan air supaya keluar semua kanji2nya supaya laksa tak melekat sangat antara satu sama lain.

2. Ikan kembong – 3 ke 4 ekor (medium size)
Ikan disiang sampai bersih dan direbus. Semasa rebus, letakkan beberapa keping asam keping dan sedikit garam untuk membuang hanyirnya. Selepas direbus, asingkan isi dan tulang. Blend isi ikan dan asingkan. Blend pula tulang dan tapiskan air dan tulangnya. Tulang tu buang la lepas tu. Takkan nak makan pulak kan… jangan lupa, air rebusan tadi akan digunakan juga. So jangan gatal tangan nak buang pulak!

3. Ikan sardin dalam tin (tin kecil) – 1 tin
Ikan sardin juga diblendkan sampai hancur. Masukkan sedikit air untuk mudahkan ia hancur.

4. Bunga kantan – 2 kuntum
Dikerat kepada bahagian-bahagian kecil. Gunakan keseluruhan bunga dan tangkainya sekali, ok!

5. Daun kesum – 2 ke 3 tangkai
Tapi jangan pakai tangkainya. Ambil daunnya sahaja ya.

6. Air asam jawa (pekat) – anggaran dalam secawan
Ambil sedikit asam jawa (separuh genggam kecil sahaja tau!). bancuh dengan air lebih kurang secawan. Buang la biji2nya nanti ok…

7. Asam keping – 5 ke 6 keping sahaja

8. Cili kering – segenggam kecil – diblend dengan sebiji bawang besar

9. Garam secukup rasa

10. Ajinomotoooooooooooooo (kalau nak laa)

Cara penyediannya

(Masyaallah, senangnya!!)

Just masukkan semua bahan2 tadi (kecuali nombor 1,6,9 dan 10) dalam periuk dan jeranglah dalam periuk tersebut. Kalau Nampak macam terlalu pekat, tambahkan air sedikit sampai Nampak kecairan sekata. Bila dan nak mendidih, baru masukkan garam, air asam, dan ajinomoto tu. Aji pun kalau kita nak pakai, guna dalam dua ke tiga cubit jer. Takyah banyak. Cepat lak botak kepala nanti. Ehehe. Kacau sampai ia mendidih dan rasalah dari semasa ke semasa. Pandai2la rasa sampai tekak anda kata LULUS! Dan ia sedia dimakan!

Untuk bahan2 side dishnyer pulak:-

1. Salad – dihiris kecil
2. timun – dihiris kecil
3. bawang besar – dihiris nipis
4. telur rebus (telur nilah yang selalu menjadikan kuah laksa kita sedap sebab ia akan pekatkan kuah laksa dan menambah rasa dan aromanya.. hmmmmmmmmm)

RENDANG DAGING/ AYAM

June 18, 2009

Jangkaan untuk sekilo daging atau seekor ayam

Bahan-bahannya

1 kg daging – dipotong dadu atau dihiris kepada kepingan kecil

ATAU

1 ekor ayam – dipotong 12 atau 16 bahagian

Bahan A: (dikisar halus)

Segenggam cili kering (yang kurang pedas)

10 ke 15 biji cili padi

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

3 batang serai

1 inci halia

1 inci lengkuas

*************************************

¾ kg santan pekat

2 helai daun kunyit – dihiris halus

2 helai daun limau purut

3 sudu kerisik

Garam secukup rasa

Cara penyediannya/ membuatnya

Masukkan daging/ ayam bersama bahan A, santan, daun kunyit, daun limau purut ke dalam periuk / kuali

Sentiasa kacau adunan supaya tidak hangit atau hangus di dasar kuali / periuk

Kenakan garam sehingga rasa sebati

Masukkan kerisik apabila rendang sudah separuh kering

Gaul lagi sehingga rendang tadi kering

Nota: rendang yang kering adalah optional sahaja. Rendang basah / macak lebih sedap!

Ayam terbaik untuk dibuat rendang adalah ayam pencen

Jangan terlebih atau terkurang kerisik. Ia akan merosakkan rasa rendang. Petua orang lain laaa.. kalau salah jangan marah ek… eehe

Selamat mencuba!

Spageti

March 13, 2009

Bahan2nyer ialah:-

Mee spageti – sebungkus – direbus sehingga lembut (sila ikut manual di belakang paket. Takkan nak ajar jugak!!)

Kuahnya:-

  1. setin puri tomato
  2. 6 ke 7 ulas bawang putih
  3. 300 gram daging lembu kisar
  4. 2 sudu makan oregano
  5. 2 sudu makan thyme
  6. setin cendawan butang – dihiris kepada 3 bahagian
  7. sebatang lobak merah – dipotong menjadi kepingan kecil
  8. ¼ bahagian Cowley flower – dipotong menjadi kepingan kecil
  9. 3 cawan air
  10. 2 sudu makan sos tomato
  11. 2 sudu makan sos cili
  12. ½ sudu makan serbuk cili (jika mahu)
  13. sedikit minyak masak
  14. garam secukup rasa

Bahan2 sampingan

  1. hirisan keju – beli yang dikhaskan untuk spageti atau pizza. Tak tau apa nama dia ntah
  2. ¼ bahagian brokoli – dipotong kepada bahagian kecil dan dicelur seketika – jgn sampai layu

Cara2nyer ialah:-

Panaskan minyak dalam kuali dan masakkan daging selama lebih kurang 1 ke 2 minit

Kemudian masukkan bawang putih dan puri tomato. Gaul rata dan masukkan lobak merah

Masukkan air dan gaul rata

Masukkan oregano dan thyme. Masak sehingga mendidih dan masukkan cendawan, Cowley flower dan sos2 serta serbuk cili

Kenakan dengan garam dan masak sehingga sayur lembut

Masukkan sedikit mee ke dalam mangkuk atau pinggan

Sirakan dengan kuah panas dan terus taburkan keju dan brokoli

Ha, makanlah!!

Nota – serbuk cili adalah optional sahaja. Kalau aku, aku tepukkan cili api dalam dua biji dan dileburkan sekali dalam kuah. Barulah ngam! Hidangan ini adalah untuk 4 ke 6 orang. Bergantung kepada tekak anda.

Selamat mencuba!!

Mee Rebus Singapura

March 11, 2009

Huh! Baru je buat semalam…

 

Bahan2nyer ialah

 

  1. sebungkus mee kuning – celurkan sikit
  2. bahan A (semuanya dikisar halus)

i.                    lima ulas bawang putih

ii.                  seulas bawang merah

iii.                sebatang serai

iv.                ½ inci halia

v.                  ½ inci lengkuas

vi.                2 sudu makan taucu

vii.              Segenggam kecil ikan bilis

  1. tiga sudu makan tepung gandum – dicairkan dengan sedikit air
  2. 1 ½ cawan kacang tanah – ditumbuk kasar
  3. 4 cawan air
  4. 2 biji telur  - direbus dan dibelah 2 atau 4
  5. sedikit daun bawang+sup – dicincang
  6. 3 biji cili hijau – dihiris
  7. sedikit bawang goreng
  8. 300 gram daging lembu – direbus dan dipotong kecil
  9. 100 gram taugeh
  10. 3 biji limau kasturi
  11. garam secukup rasa
  12. 3 sudu gula

 

Cara2nyer

 

Tumis bahan A sehingga wangi

Masukkan air dan tepung yang telah dicairkan

Gaul rata dan masukkan kacang tumbuk

Kenakan dengan garam dan gula

Masak sehingga mendidih

Masukkan mee ke dalam pinggan

Letakkan sedikit taugeh dan tauhu goreng

Sirakan kuah yang telah dimasak

Hiaskan dengan bawang goreng, cili hijau, daging dan bawang goreng, daun sup campur dan telur tu sumer..

Makan ketika panas

 

Nota: penggunaan cili hijau dan daging adalah wajib dalam resepi ni. kalau takde.. dah tak jadi singapore dah.. ntah negara mana aku pun tak tau… oh yer. satu lagi, biasanya pakai gading tetel dalam kuah.. tapi resepi kat blog aku nih sumernyer adalah resepi mudah so taknaklah susahkan orang… ehehe

 

Selamat mencuba!!

Cucur Udang Versi Aku

February 24, 2009

Untuk saiz sekeluarga 6 orang

 

 

Bahan2nyer ialah

 

500gram tepung gandum

2 cawan air

200gram udang segar – dibuang kulit dan dipotong kecil

100gram taugeh

5 ke 10 helai daun kucai – dihiris kepada saiz kira2 setengah inci

2 biji cili merah – dibuang biji dan dipotong dadu kecil

1 sudu teh serbuk kunyit

Garam secukup rasa

 

Leburkan semua bahan2 tu dan gorenglah sampai kuning keemasan sama macam buat jemput2 biasa…

 

Kuah cili

 

4 batang cili merah

4 ulas bawang putih

Sedikit garam, gula dan cuka

 

Blend cili merah dan bawang putih

Renehkan di dalam periuk dan masukkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga rasa sebati dan mendidih. Sedia dihidangkan

 

Nota – anda juga boleh menggunakan sos cili biasa yang ada kat kedai2 tu kalau rasa tak yakin nak buat sos ni ataupun memang tangan ko tak gifted… nak wat camner kan….

 

Goreng2kan! Dan selamat memasak!!

Tomyam (tanpa pest tomyam)

February 23, 2009

Dua batang serai – dititik dengan pisau

4 ke 6 biji cili api – dititik juga

Sebiji bawang besar – dihiris

2 biji tomato dibelah 2 atau 4

2 ke 3 biji limau nipis – dihiris

2 ke 3 helai daun limau purut – dikerat dua

300 ke 500 gram ayam, 100 gram daging/ udang/ sotong – dipotong dadu

2 liter air

Garam secukup rasa

 

Panaskan air dan masukkan semua bahan2 kecuali ayam, daging dan seafood tu serta limau nipis

Bila dah mendidih sikit, masukkan binatang2 tadi J ehehe…. dan biar empuk

Perah limau nipis sehingga rasa tomyam sebati dalam kuah

Kenakan dengan garam hingga cukup rasa

Hidangkan panas

NASI GORENG MASJID TANAH

February 23, 2009

Simple giler nasi goreng nih

 

Bahan2nyer ialah

 

3 mangkuk nasi putih

Segenggam kecil cili kering

3 ulas bawang putih

Sedikit ikan bilis (dalam 2 sudu gitu)

4 batang kacang panjang (dipotong kecil)

Sebiji telur

Garam secukup rasa

 

Blend cili dan bawang putih

Kemudian masukkan ikan bilis dan blend tapi ikan bilis jangan dilumatkan. Blend kasar saja

Tumis bahan2 tadi sampai garing dan pecahkan telur

Kacau rata dan masukkan garam

Masukkan nasi dan gaul rata

Masukkan kacang panjang tadi

Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan

 

Nota – hidangan ini sangat sesuai disajikan dengan air kopi O panas dan dimakan di serambi rumah bersama keluarga. Lagi best time pagi2 dikala bayu pagi menghembus lesu… fuh!! Layan beeeebbbbb…. Dapat plak time kat kampong masjid tanah, Melaka.. memang cara ah!! Eheheheee. Oh yer.. kalau takut pedas, jangan kurangkan cili.. tapi time makan tu tuangkan kicap manis skit. Sedaaaaapppppp woooo.. dapat kalau berpeluh time makan tu…. Mmg menyihatkan!!

Asam Pedas

February 23, 2009

Bahan2nya

Bahan A

Segenggam kecil cili kering

Bawang besar – sebiji

Bawang putih – 2 ulas

Halia ½ inci

Semua bahan A di blend

Bahan B

Sesudu teh jintan manis/ hitam

Sesudu teh jintan putih

Sesudu teh lada hitam

Sesudu teh biji sawi

Semua bahan B di blend

Bahan C

Sebatang bunga kantan – dihiris

Dua tangkai daun kesum – diambil daunnya sahaja

Terung – 2 batang dibelah dua / bende – empat ke lima batang dibelah separuh

3 ke 4 ekor ikan kembung/ 2 ekor ikan cencaru/ 3 keping ikan pari

Semangkuk air asam jawa – 400ml

1 liter air

Setengah cawan isi kelapa – dibakar sedikit dan dihiris nipis

Cara Membuatnya

Tumis bahan A sehingga garing. Masukkan bahan B dan tumiskan sampai naik baunya.

Kemudian masukkan kelapa bakar yang telah dihiris tadi.

Masukkan ikan dan dikacau seketika sebelum memasukkan air asam jawa dan air. Kenakan garam.

Masukkan bahan C dan biar mendidih sehinnga masak.

Nota: bunga kantan dan daun kesum hanyalah optional. Nak masuk boleh. Taknak pun boleh…

ikan boleh dipelbagaikan. jenahak atau ikan sebelah pun sedap gak…

Selamat mencuba!

Sup

January 24, 2009

Nota.

Sup ada banyak jenis dan cara masakan yang tak sama. Contohnya:

 

  1. sup biasa seperti sup sayur, soo hoon, sayur rebus dan sebagainya
  2. sup herba; iaitu jenis sup yang dimasak menggunakan bahan wajib seperti lawang, cengkih, halia, jintan, lada hitam dan sulah. Contohnya sup tulang, sup herba untuk ubatan dan sebagainya.
  3. stew – sup pekat. Biasanya dikaitkan dengan daging bersama kekacang.
  4. Chinese style soup – lebihan bahan organic seperti cendawan, ginseng, abalone, bunga kembang semangkuk, sarang burung, fungus dan sebagainya. Percaya tak len chee kang tu adalah sup?

 

Sup ayam/ daging biasa

 

  1. ayam/ daging yang dipotong mengikut kesukaan anda
  2. bawang besar separuh biji (sweet) – dihiris halus
  3. bawang putih – 2 ulas – dihiris halus
  4. halia – setengah inci – dihiris halus
  5. sayur2an segar mengikut citarasa anda
  6. air – sukatan mengikut ayam
  7. garam secukup rasa

 

panaskan air di dalam periuk dan masukkan bawang2 dan halia. Biarkan mendidih.

Kemudian masukkan ayam/ daging dan reneh sehingga menggelegak.

Bila dah menggelegak, masukkan garam secukup rasa.

Bila ayam/ daging dah empuk, masukkan sayur2an dan kacau sehingga sayur separuh masak.

Tutupkan api dan sup sedia dihidangkan.

Taburkan sedikit daun sup+daun bawang untuk aroma yang menyegarkan.

 

Sup ayam/ daging berempah

 

  1. ayam/ daging yang dipotong mengikut kesukaan anda
  2. bahan A – 7 kuntum bunga lawang, 10 butir bunga cengkih, sebatang kayu manis, 4 biji buah pelaga – ditumbuk kasar – seelok2nya bungkus dalam kain gauze kecil supaya ia tidak mengotorkan kuah sup. Kalau taknak bungkus, jangan tumbuk bahan2 tu
  3. bahan B – separuh biji bawang besar dihiris halus (sweet), 3 ulas bawang putih dihiris halus, seinci halia dihiris halus, sesudu makan rempah sup, sesudu makan rempah kurma
  4. sayur2an segar mengikut citarasa anda
  5. air – sukatan mengikut ayam
  6. garam secukup rasa
  7. tiga sudu makan minyak masak untuk menumis

 

panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan A sehingga naik bau.

Kemudian masukkan bahan B dan tumis lagi sampai betul2 wangi.

Bila dah wangi, masukkan ayam/ daging dan kacau sehingga sebati.

Jika ayam, terus masukkan air. Tapi jika daging, masak dulu sehingga separuh empuk sebelum masukkan air.

Biar mendidih dan sehingga ayam/ daging empuk.

Masukkan kentang jika ada.

Bila dah mendidih, masukkan garam dan kenakan rasa.

Kemudian masukkanlah sayur2an kegemaran anda itu dan gaul sehingga sayur separuh masak.

Ia sudah boleh dihidangkan.

Taburkan dengan sedikit daun sup+daun bawang dan bawang goreng untuk aroma yang lebih baik.

Bahan2nya

 

A – nasi

 

  1. beras (kau tau nak sukat kan?)
  2. santan (ikut sukatan air biasa)
  3. garam dalam setengah sudu teh sahaja
  4. 2 helai daun pandan diikat – untuk wangian pada santan/nasi

 

Cara membuatnya – KO TAU NAK WAT CAMNER…. Eehehehehee

 

petua – untuk rasa nasi yang baik, jangan gunakan santan pekat. Sebaliknya, gunakan santan yang sudah dicairkan sedikit untuk mendapatkan nasi yang tidak begitu pekat atau likat. Semasa memasak nasi, kacau nasi dari semasa ke semasa ketika nasi mula kering untuk mengelakkan daripada santan tidak rata.

 

B – sambal

 

  1. cili kering 100 gram
  2. bawang besar (sweet) sebiji setengah (untuk diblend dengan cili)
  3. bawang besar (sweet) dua biji (dihiris untuk diletakkan dalam sambal)
  4. air asam jawa (sederhana pekat) 1/3 cawan
  5. garam secukup rasa
  6. gula secukup rasa

 

Cara membuatnya

 

  1. blend cili kering dan bawang tadi
  2. panaskan minyak. Biar minyak banyak sikit supaya sambal tak cepat rosak lepas masak
  3. tumis cili yang dah diblend tadi sampai minyak naik ke atas dan berwarna merah
  4. kemudian, masukkan air asam jawa. Gaul lagi
  5. masukkan hirisan bawang
  6. masukkan garam dan gula sehingga rasa sebati dan kau pun puas hati
  7. asing dan buangkan lebihan minyak. Tinggalkan sikit jer minyak dengan sambal

 

petua – api yang terlalu kuat dan terlalu kecil akan merosakkan sambal. Guna api sederhana. Kalau nak sambal tu ‘berisi’ sikit, masukkan ikan bilis yang dah digoreng. Sambal yang tidak masak betul2 akan cepat rosak dan rasanya memang cam sioott.

 

C – bahan-bahan lain

 

  1. timun – dihiris
  2. kacang tanah dan ikan bilis – digoreng dan dicampurkan
  3. telur – direbus dan dibelah dua atau empat atau… sukati mak bapak kau ar… ehehe
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.